Dari
Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisra’ kan sampai ke langit, Allah S.W.T telah
memberikan lima
wasiat, antaranya :
1) Janganlah engkau gantungkan
hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk
engkau.
2) Jadikan cintamu kepada-Ku sebab
tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3) Bersungguh-sungguhlah engkau
mencari syurga.
4) Putuskan harapan dari makhluk
kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5) Rajinlah mengerjakan sholat
tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim
bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tamu, dan saya
tahu mereka itu adalah wakil guru. Saya berkata kepada mereka, berikanlah
nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah
S.W.T.
Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan
kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1) Orang yang banyak bicaranya
janganlah kamu harapkan kesadaran hatinya.
2) Orang yang banyak makan
janganlah kamu harapkan kata-kata darinya.
3) Orang yang banyak bergaul dengan
manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4) Orang yang cinta kepada dunia
janganlah kamu harapkan khusnul khatimahnya.
5) Orang yang bodoh janganlah kamu
harapkan akan hidup hatinya.
6) Orang yang memilih berkawan
dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan kelurusan agamanya.
7) Orang yang mencari keridhaan
manusia janganlah harapkan akan keridhaan Allah daripadanya."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terimakasih banyak ya komennya,, :) mudah2an komennya yg membangun, dan bisa bikin saya dan tulisannya jd lebih baik,,